Pilihan raya kecil DUN Chini 2020 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan Raya Kecil Chini di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kesebelas selepas PRU-14. Tambahan pula, PRK ADUN Chini ini juga adalah pilihan raya kecil pertama sejak pertukaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada Pakatan Harapan (PH) pada 1 Mac lalu selepas Krisis Politik Malaysia yang berlaku pada akhir Februari 2020 lalu. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60 tahun, (UMNO), akibat serangan jantung pada 6 Mei 2020 lalu. Pada 6 Jun 2020, Pakatan Harapan (PH) memutuskan bahawa PKR tidak meletakkan calon bagi kawasan DUN Chini kerana kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun manakala hari pengundian awal pada 30 Jun dan kemudian, hari pengundian pada 4 Julai 2020. Pada malam keputusan, calon BN, Mohd Sharim Mohd Zain berjaya mencapai kemenangan beliau di kawasan DUN Chini dengan majoriti sebanyak 12,650.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

PartiNama CalonUndiKeputusan
BN-UMNOMohd Sharim Mohd Zain13,872Menang
BEBASTengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin1,222Kalah
BEBASMohd Shukri Mohd Ramli137Kalah